Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Solat Dalam Kereta, Ia Urusan Saya Dengan Allah – Fathia Latiff

Semalam, video Fathia Latiff mendirikan solat di dalam kereta mendapat perhatian di media sosial. Video tersebut mula dikongsikan menerusi akaun Instagram seorang pemilik salon terkenal, Ridzokumura yang memuji sifat Fathia tidak meninggalkan solat.

Advertisement

Difahamkan, ketika itu waktu solat hampir tamat dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic .

Tindakan Fathia itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen dan ada juga yang mengecam Fathia. Mereka mempertikaikan bagaimana Fathia menentukan arah kiblat di dalam kereta yang sedang bergerak selain mengenakan solekan tebal.

Enggan memberikan komen yang terlalu banyak, Fathia menyifatkan solat yang dikerjakannya itu adalah urusannya dengan Allah dan menjelaskan beliau tidak tahu dirinya sedang dirakam ketika beribadah.

Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam.

Advertisement

Disebalik kecaman yang diterima, masih ada lagi yang memuji Fathia tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan sememangnya ada hukum mengatakan kita boleh menunaikan solat didalam kereta sekiranya dalam keadaan darurat ataupun tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 Comments

  1. Anonymous

    April 26, 2018 at 10:54 pm

    Ini Malaysia bukan London. Bersepah2 masjid and surau tepi jalan tak payah nk solat cincai mcm OKU dlm keta. Takde istilah solat menghormati waktu org dlm flight pun ambik wuduk solat kat area lapang, kalau terpaksa baru solat atas tempat duduk. Ini bukan darurat. Menyampah betul tgk artis2 nie tunjuk contoh yg salah. Nanti yg tak belajar, tak reti agama mengikut – – jadi mcm org syiah pulak, elok kena solat 5 waktu jadi 3 terus sbb konon blh jamak zohor asar and maghrib-isya. Qadak solat tu blh utk org yg terlupa dan tertidur aje.

  2. Yakuza

    April 26, 2018 at 10:23 pm

    Aku tak tau la si minah ni kat mana time ni, aku assume Malaysia la kot kan.

    Nok, kat Malaysia ni bersepah kot tempat yang ko boleh stop solat. Stesen Minyak Petronas pun ada surau kot. Every 2 km ada je surau/masjid yang ko boleh stop solat, dah kenapa nak kena solat dalam kereta ek? Kalau ye pun solat hormat waktu, itu kalau dalam plane ke or kat oversea ke sebab takde tempat nak bersujud bagai.

    Cuma for me, this is so wrong to educate people yang ko tak payah la bertelekung bagai tutup aurat semua and susah2 basah muka amik wudhuk semua kan. Just dalam kereta ke tengah2 buat yoga pun boleh. Unless ko tu memang nak jimat cermat make up la pakai dari pagi sampai nak tido.

  3. Hipokritas

    April 26, 2018 at 4:03 pm

    Jem apa mcm tu? Elok je kete tu bergerak..and tepi2 tu ada je kedai2…bukannya padang pasir belaka..

    • Anonymous

      April 26, 2018 at 7:44 pm

      Iye kn..jln molek je ketenye..semua org tau klu kl jem mcm mn..sbb jem ke sbb dh make up lawa n mls nk tenyeh buang bl nk solat..xpe la,itu urusan dia ngan Allah..

  4. Anonymous

    April 26, 2018 at 2:47 pm

    Kalau kereta tu keta inport tak mustahil steering dia kiri. Itu bukan isu sebab dia benae dalam kereta solat.

    Cuma sis nak tegur pakaian waktu solat kena longgar. Sebab tu wanita Islam diauruh tutup aurat bagi memudahkan kalau tiba2 kena solat.

    Solat samaada dia berwuduk ke tak kita husnozon. Sebab apa wuduk ertinya mwratakan air ke seluruh anggota wuduk. Maknanya setengah botol mineral kecik dah enough chuolls.

    Aku pelik bab2 wajib dalam agama, pasal solat menghormati waktu ada lagi Muslim tak pwenah tengok. Lepas tu jadi makcik bawang pakcik kedai kopi. Meroyan royan. Lol

  5. ZANA

    April 26, 2018 at 2:06 pm

    korang perasan tak?
    kenapa syahadat angkat telunjuk kiri?

Loading...
To Top