Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Solat Dalam Kereta, Ia Urusan Saya Dengan Allah – Fathia Latiff

Semalam, video Fathia Latiff mendirikan solat di dalam kereta mendapat perhatian di media sosial. Video tersebut mula dikongsikan menerusi akaun Instagram seorang pemilik salon terkenal, Ridzokumura yang memuji sifat Fathia tidak meninggalkan solat.

Advertisement

Difahamkan, ketika itu waktu solat hampir tamat dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic .

Tindakan Fathia itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen dan ada juga yang mengecam Fathia. Mereka mempertikaikan bagaimana Fathia menentukan arah kiblat di dalam kereta yang sedang bergerak selain mengenakan solekan tebal.

Enggan memberikan komen yang terlalu banyak, Fathia menyifatkan solat yang dikerjakannya itu adalah urusannya dengan Allah dan menjelaskan beliau tidak tahu dirinya sedang dirakam ketika beribadah.

Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam.

Disebalik kecaman yang diterima, masih ada lagi yang memuji Fathia tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan sememangnya ada hukum mengatakan kita boleh menunaikan solat didalam kereta sekiranya dalam keadaan darurat ataupun tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 Comments

  1. nadia musa

    April 27, 2018 at 10:06 am

    Alhamdulillah.. masih lagi ingat mengerjakan solat.

  2. Anonymous

    April 26, 2018 at 11:19 pm

    tak paham aku… malaysia jer pun.. naik kete jer pun bole lah nak benti mane2.. nk tak nak jer… lain laa dlm kapal terbang aper giler nk jumpa surau/masjid kt sebelah kabus awan..

  3. Siti nurhaliza dk

    April 26, 2018 at 10:57 pm

    Ini Malaysia bukan London. Bersepah2 masjid and surau tepi jalan tak payah nk solat cincai mcm OKU dlm keta. Takde istilah solat menghormati waktu org dlm flight pun ambik wuduk solat kat area lapang, kalau terpaksa baru solat atas tempat duduk. Ini bukan darurat. Menyampah betul tgk artis2 nie tunjuk contoh yg salah. Nanti yg tak belajar, tak reti agama mengikut – – jadi mcm org syiah pulak, elok kena solat 5 waktu jadi 3 terus sbb konon blh jamak zohor asar and maghrib-isya. Qadak solat tu blh utk org yg terlupa dan tertidur aje.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama