(VIDEO) “Si*llah, Geli Aku”- ‘Kembang Tekak’ Lepas Dapat Tahu Peniaga Kutip & Guna Balik Lidi Sisa Pelanggan

Kehidupan

(VIDEO) “Si*llah, Geli Aku”- ‘Kembang Tekak’ Lepas Dapat Tahu Peniaga Kutip & Guna Balik Lidi Sisa Pelanggan

Kebersihan sememangnya sesuatu yang sangat diteliti apabila keluar makan di restoran-restoran mahupun gerai kerana tempat makan yang bersih akan disenangi pelanggan.

Akan tetapi, tindakan sesetengah peniaga membuatkan pelanggan berasa jijik dengan makanan yang disediakan kerana sikap sambil lewa dan tidak mengendahkan kebersihan.

Advertisement

Berikutlah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @dilamusthafa apabila dia menyaksikan sikap peniaga yang membuatkannya berasa ‘kembang tekak’.

Menurutnya, peniaga sebuah gerai menggunakan semula lidi yang telah dibuang oleh pelanggan walaupun sepatutnya ia perlu dibuang selepas digunakan.

Selain itu, Dila juga berasa tidak senang dengan cara peniaga itu yang dianggap tidak menjaga kebersihan dalam penyediaan makanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan supaya mematahkan lidi selepas makan agar lidi berkenaan tidak dapat digunakan semula untuk mencucuk makanan.

Walau apa pun, sebagai peniaga janganlah bersikap terlampau kedekut dan seharusnya mengutamakan kebersihan lebih-lebih lagi dalam menyediakan makanan untuk pelanggan.

restoran dapur kotor
2 years ago

"Nak Muntah Tengok!" - Lantai Dapur Penuh Taugeh, Restoran Kotor Buat Netizen Naik Loya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...