(Video) Siaran Langsung Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch

Trending

(Video) Siaran Langsung Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch

Sekurang-kurangnya 50,000 orang yang datang berkumpul sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa serangan tembakan oleh pengganas di Christchurch sebentar tadi.

Sesi bertafakur selama dua minit turut dijalankan di sekitar pusat Hagley di Chritchurch sebelum solat jumaat dilaksanakan.

Advertisement

Keheningan terpancar dari wajah para hadirin yang hadir pada hari ini. Turut hadir Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengenakan hijab di kepalanya semperna #headscarfforharmony hari ini.

Disini kami sertakan video siaran langsung laungan azan solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch dan beberapa gambar wanita bukan Islam mengenakan hijab bagi memperingati peristiwa tersebut.

Azan Jumaat berkumandang pada pukul 1.30 petang dan kiranya pukul 8.30 pagi waktu Malaysia.

Manakala penganut agama Kristian turut menyanyikan lagu “Wa Ya Taa” iaitu lagu kepercayaan mereka di mana ia memberi makna dan semangat terhadap seseorang.

Melakukan Hakka tanda sokongan

 

 
Acara pagi tadi juga dihadiri Perdana Menteri New Zealand dan sempat meninggalkan ucapan ringkas buat semua rakyat New Zealand. Kelihatan juga Jacinda Ardern mengenakan sehelai selendang di atas kepala menghormati acara pagi tadi.

“According to Muslim pray, prophet Muhammad SAW said the believe in mutual kindness compassion and sympathy. I just like one wording when in part of the body suffers the whole body feels pain. New Zealand moans with you. We are one.”

Dalam keadaan sebak, Jacinda Ardern meluahkan rasa simpati atas insiden yang berlaku. Tambahnya, beliau menyeru rakyat New Zealand untuk bersatu walau dalam apa jua keadaan.

Antara gambar para hadirin yang hadir sekitar solat Jumaat tadi.

Jacinda Ardern dan rombongannya tiba sebelum solat Jumaat.

Pada hari ini juga kaum wanita di sana mengenakan tudung sebagai tanda hormat dengan apa yang berlaku pada minggu lepas.

 

 


 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...