Pelakon Bollywood terkenal, Kajol, mencetuskan perdebatan hangat apabila enggan memenuhi permintaan wartawan untuk bercakap dalam bahasa Hindi ketika menghadiri Anugerah Filem Negeri Maharashtra 2025 di Mumbai.
Dalam video yang tular, Kajol menjawab soalan media dalam bahasa Marathi dan Inggeris, namun ketika diminta mengulang dalam Hindi, dia menjawab dengan nada kurang senang:
Haruskah saya bercakap dalam Hindi sekarang? Siapa nak faham, dia akan faham.
View this post on Instagram
Tindakannya menerima kecaman warganet yang menganggap Kajol angkuh dan tidak sensitif, memandangkan penonton Hindi merupakan majoriti dalam industri Bollywood.
Namun begitu, segelintir pihak mempertahankan Kajol, memuji keberaniannya mengutamakan bahasa rasmi negeri, iaitu Marathi, memandangkan majlis itu dianjurkan di peringkat negeri.
Kajol, kini berusia 50 tahun, masih belum memberikan sebarang penjelasan rasmi mengenai isu tersebut.