(VIDEO) “Siap Terkangkang, Mana Melayunya?” – Bergelek Masa Ujibakat ‘Pencarian Wanita Melayu 2022’, Peserta Bertudung Teruk Dikecam

Kehidupan

(VIDEO) “Siap Terkangkang, Mana Melayunya?” – Bergelek Masa Ujibakat ‘Pencarian Wanita Melayu 2022’, Peserta Bertudung Teruk Dikecam

Baru-baru ini viral di media sosial TikTok mengenai satu hantaran video memaparkan seorang peserta ujibakat program Pencarian Wanita Melayu 2022 yang diadakan di sebuah pusat membeli belah telah menarik perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang peserta bertudung dan berkasut tumit tinggi berwarna merah cuba untuk menunjukkan bakatnya dalam melakukan tarian sehingga boleh melenturkan badannya kebelakang sebelum turut melakukan backflip.

Advertisement

Bagaimanapun, tarian yang dilakukan wanita itu tidak disenangi oleh para penonton dan dikritik oleh netizen yang rata-rata mempersoalkan dimanakah adat Melayu yang cuba ditunjukkan oleh wanita itu.

Dah elok-elok pakai tudung, dikangkangnya depan juri, adoi – Netizen.

Baru nak tanya, tarian melayu negeri mana ni?” tulis seorang warganet.

Tang mana melayunya?,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Difahamkan, pusat membeli belah dipercayai di Plaza Shah Alam itu kini sedang giat menjalankan ujibakat bagi mencari wakil wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi.

Menurut laman rasmi Plaza Shah Alam, antara ciri-ciri wanita yang mereka cari adalah mempunyai kredibiliti berkomunikasi, sahsiah diri, pengalaman meluas dalam banyak bidang selain berpenampilan menyenangkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ppki
4 bulan lalu

"Sampai Biru Telinga Dia!" - Cikgu Bagi Alasan Tak Cukup Staf Punca Anak 'Austisme' Kena Piat Telinga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...