(Video) “Siap Panggil Lori!”, Pembantu Rumah Kantoi Sumbat Barang Majikan Dalam Bagasi Untuk Dibawa Lari

Trending

(Video) “Siap Panggil Lori!”, Pembantu Rumah Kantoi Sumbat Barang Majikan Dalam Bagasi Untuk Dibawa Lari

Seorang pembantu rumah kantoi cuba bawa lari barang-barang milik majikan dalam satu kejadian yang berjaya dirakamkan ini. Di dalam video tersebut, majikan itu berjaya menangkap berpuluh bagasi yang disumbat dengan barang-barang milik keluarga mereka untuk dibawa lari!

“Rumah member, maid plan nak bawak lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan-kawan dia. Nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia.”

Advertisement

Video yang dikongsikan di laman Twitter ini menunjukkan keadaan di rumah majikan ini yang dipenuhi dengan bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari. Apabila diperiksa, semua bagasi itu disumbat dengan barang-barang milik majikan dan keluarga.

Pada awal video, majikan tersebut menyuruh pembantu rumahnya itu membuka semua bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari itu. Mereka juga memberitahu akan membuat laporan polis dan meminta pembantu rumah itu ditahan oleh pihak berkuasa.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka dengan tindakan kejam pembantu rumah itu. Kalau dilihatkan pada barang-barang yang cuba dibawa lari, hampir kesemua isi rumah ingin dicurinya memandangkan dia dan rakannya menggunakan lori untuk mengangkut semua barang.

Tidak dapat dipastikan apakah nasib pembantu rumah itu sekarang namun seeloknya biarlah undang-undang yang menghukum. Yang pastinya, kejadian ini pastikan akan membuatkan majikan ini berasa serik untuk mengambil pembantu rumah lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...