Tular sejak semalam mengenai satu video memaparkan seorang anggota pertahanan awam telah dirakam memukul isterinya setelah ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit bersama seorang wanita.
Dalam video tersebut, lelaki yang bekerja sebagai askar itu dilihat memukul isterinya di rumah. Si isteri itu kemudian dilihat membuat laporan polis atas perbuatan keganasan rumah tangga itu.
Malah, wanita itu turut memuat naik foto-foto suaminya berseronok bersama skandal meskipun telah berkahwin dan masih belum bercerai.
Si suami juga dilihat memarahi dan memaki wanita berkenaan setelah ‘kantoi’ mempunyai perempuan simpanan.
Turut dirakam anak mereka sedang menangis mencari bapanya sekaligus mengundang rasa sebak dalam netizen.
Detail pelaku: lkpl ashraf unit 10ssb para kem terendak
Dah pukul bini, ada scandal pula tu! Scandal pula tak sedar diri bangga kacau rumah tangga orang! Kau tunggu nasib kau acap! @KhaledNordin @MarkasATM @TenteraDarat Mohon amil tindakan selanjutnya. https://t.co/SKhaVxcB3N pic.twitter.com/LARyYGXXOd
— imaginaqi (@naqiahhhh) March 21, 2024
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar pihak atasan tempat lelaki berkenaan berkhidmat untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Netizen juga mendoakan agar urusan wanita teraniaya berkenaan dipermudahkan dan dilindungi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.