Baru-baru ini pelakon Shaheizy Sam dan Zizan Razak telah menjadi artis undangan program hiburan MeleTOP untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka. Turut hadir memeriahkan lagi program tersebut ialah Syatilla Melvin dan anak mereka yang comel, Syeriv Samheizy.
Namun, siapa sangka episod tersebut menarik perhatian ramai sehingga Sam dikecam netizen gara-gara bergurau kasar dan mencampak hadiah kasut yang diberikan Zizan untuk Syeriv. Malah, Zizan dan pengacara pada malam tersebut iaitu Hanis Zalikha dan Nabil Ahmad dilihat seakan terkedu dengan reaksi Sam.
Mungkin Sam tidak berniat mahu melukakan hati mana-mana pihak dan sengaja mencampakkan kasut pemberian Zizan. Mereka berdua memang selalu bergurau. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan gurauan itu tidak kena pada tempatnya. Apa-apa pun, selepas program itu tamat Sam ada memuat naik ucapan terima kasih kepada Zizan kerana menghadiahkan kasut yang cantik untuk anaknya dan mereka berdua nampak “cool” sahaja.
bloop bloop
January 23, 2018 at 5:55 pm
you know what? it shows yang diorang rapat lah. Dengan bestfriend mana ada kau cakap baik2. aku tak pernah pon cakap thanks kat bestfriend aku. kalau dia bagi hadiah aku cakap tak cukup. dia buat baik aku rasa nak lempang dia. dia nangis aku buat modal next time boleh nganjeng. what the heck man. you all so boringgggggg.