Baru-baru ini pelakon Shaheizy Sam dan Zizan Razak telah menjadi artis undangan program hiburan MeleTOP untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka. Turut hadir memeriahkan lagi program tersebut ialah Syatilla Melvin dan anak mereka yang comel, Syeriv Samheizy.
Namun, siapa sangka episod tersebut menarik perhatian ramai sehingga Sam dikecam netizen gara-gara bergurau kasar dan mencampak hadiah kasut yang diberikan Zizan untuk Syeriv. Malah, Zizan dan pengacara pada malam tersebut iaitu Hanis Zalikha dan Nabil Ahmad dilihat seakan terkedu dengan reaksi Sam.
Mungkin Sam tidak berniat mahu melukakan hati mana-mana pihak dan sengaja mencampakkan kasut pemberian Zizan. Mereka berdua memang selalu bergurau. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan gurauan itu tidak kena pada tempatnya. Apa-apa pun, selepas program itu tamat Sam ada memuat naik ucapan terima kasih kepada Zizan kerana menghadiahkan kasut yang cantik untuk anaknya dan mereka berdua nampak “cool” sahaja.