(Video) “Setiap Hari Jumaat Dia Datang”, Pak Cik Berbangsa Cina Bantu Susun Selipar Di Masjid

Kehidupan

(Video) “Setiap Hari Jumaat Dia Datang”, Pak Cik Berbangsa Cina Bantu Susun Selipar Di Masjid

Sikap toleransi dan hormat antara satu sama lain perlu ada dalam masyarakat yang hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Macam yang semua tahu, setiap lelaki Muslim diwajibkan untuk hadir solat berjemaah di masjid pada setiap hari Jumaat.

Tapi dalam kesibukan itu, lelaki berbangsa Cina ini atau lebih dikenali sebagai Uncle Steven gigih membantu menyusun kasut dan mengawal lalu lintas di sebuah masjid di Singapura.

Advertisement

“Saya dapat tahu ramai yang hilang kasut lepas balik dari sembahyang Jumaat. Lagipun dekat sini, perlukan banyak ruang untuk orang nak solat.”

lelaki di masjid
Bukan saja bantu susun kasut di masjid, Uncle Steven juga turut sama membantu menyediakan ruang solat untuk jemaah yang hadir. Dan semua yang dilakukan ini adalah khidmatnya secara percuma tanpa mengharapkan bayaran!

lelaki di masjid
Setiap hari Jumaat, penduduk sekitar akan nampak Uncle Steven di masjid ini melakukan kerjanya tanpa menganggu jemaah yang lain. Tindakannya ini turut mendapat pujian daripada netizen yang rata-ratanya terharu dengan sikapnya ini.

“Kadang org yg berbangsa lain lebih baik.”

komen facebook

“Masyaallah mulia nyerr hati uncle Steven..May God Bless U.”

komen facebook
Terharu betul bila nampak mereka yang membantu tanpa ambil kira bangsa dan agama. Harap lebih ramai ‘Uncle Steven’ yang sentiasa berbuat baik di luar sana. Thank you, Uncle Steven!


Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...