(Video) Setengah Jam Menangis, Bapa Sebak Selepas Hantar Anak Ke Tadika

Kehidupan

(Video) Setengah Jam Menangis, Bapa Sebak Selepas Hantar Anak Ke Tadika

Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai keikhlasan seorang bapa yang menyentuh hati ramai netizen. Dalam sedutan video berkenaan, si bapa dilihat menitiskan air mata selama 30 minit selepas menghantar anaknya ke tadika. Wah, lembut sungguh hati ayah adik ini.

Video tersebut telah dikongsi oleh Deeylarusly yang memaparkan gelagat suaminya sedang bersedih di dalam kereta. Walhal, jarak masa anak nya ke sekolah hanya sampai pukul 12.30 sahaja. Bapa penyayang betul..

Advertisement

“Anak yang pi sekolah pak yang sedih. Apa benda la abah hang ni. Anak sekolah sampai 12.30 je. Dia dah setengah jam menangis”

“Anak hari pertama sekolah tapi pak yang qeyau beria”

Perkongsian yang dirakam itu nyatanya menjadi perhatian ramai pihak sehingga ada yang turut menangis sama tau. Macam macam hal. Pun begitu, kebanyakan komen-komen yang diberi semuanya positif belaka, ramai yang respect dengan perilaku bapa itu yang jelas sayangkan keluarga.

Sumber : Tiktok

Sebagai selingan, ada juga yang meminta untuk mendoakan agar cepat menimang cahaya mata dan berkongsi pengalaman sebagai ibu-bapa.

Sumber : Tiktok

Sumber : Twitter

Jom kita tengok video ni, semoga dapat beri inspirasi buat kita, tambah-tambah lagi buat pembaca yang bakal menimang cahaya mata. Eh, haha!

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...