Tergamak seorang bapa memukul dan memijak anaknya dengan kuat di tempat awam tanpa belas kasihan, dipercayai kerana berang mangsa gagal mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang.
Tindakan kejam lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dan viral di media sosial.
Video berdurasi satu minit itu menunjukkan si bapa itu sedang duduk di atas motosikal sambil memeriksa buku sekolah anaknya berusia lingkungan 6 tahun ke atas.
Secara tiba-tiba lelaki itu menjadi berang lalu memukul belakang kepala anaknya, menyebabkan mangsa terjatuh. Tanpa sebarang rasa belas kasihan, lelaki itu kemudian dengan sekuat hati menghentak badan anaknya dengan kaki.
Lelaki itu kemudian menyuruh mangsa berdiri semula.
Orang ramai yang melihat kejadian itu, segera mendapatkan mangsa dan cuba menenangkan lelaki berkenaan.
Tidak dinyatakan di mana lokasi kejadian.
WANITA
December 19, 2016 at 11:08 am
Nauzubillahiminzaalik…. Kenapa la x ada hati perut langsung… Budak tu masih kecil ler… kejamnyaaa seorang ayah… Ibarat seorang anak tiada nilai baginya… sedihnya bila baca kisah2 mcm nie…
Anonymous
December 16, 2016 at 2:25 pm
Kenpa perlu buat begitu? Budak tu masih kecil. Mana tahu besar nanti die menjadi seorang yg cerdik. Kita tak tahu. Ia mungkin terjadi. Takde mak ke?
Anonymous
December 16, 2016 at 2:25 pm
Kenpa perlu buat begitu? Budak tu masih kecil. Mana tahu bedar nanti die menjadi seorang yg cerdik. Kita tak tahu. Ia mungkin terjadi. Takde mak ke?