Video mempamerkan seorang pramugari daripada syarikat penerbangan tempatan yang sedang bertugas di dalam pesawat meraih perhatian ramai.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di Twitter itu, pramugari yang memakai tudung tersebut dilihat sedang menjalankan tugas untuk membuka pintu pesawat.
Namun, sebaik sahaja dia melangkah setapak ke hadapan kain uniform yang terbelah itu menampakkan bahagian kakinya dari paha ke bawah.
Apa jenis pakaian ni??? pic.twitter.com/RuQjLnB6Jy
— Amran Fans (@_AmranFans) October 15, 2023
Ia mengundang kritikan ramai kerana pramugari itu menutup aurat rambutnya namun kakinya pula dibiarkan terdedah sebegitu.
Malah, menurut pengguna Twitter pramugari itu sendirilah yang memuat naik video tersebut dan telah menjadi tontonan ramai orang.
Ni namanya pakaian mempersendakan agama.
Ada yang mempersoal adakah pramugari syarikat itu tidak dibenarkan untuk memakai seluar atau legging di dalam jika mereka melakukan penerbangan ke Jeddah.
Bagaimanapun, sesetengah individu mempertahankan pramugari itu dan mengatakan dia terikat dengan syarat yang diletakkan oleh syarikat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.