(VIDEO) “Seram Baca Komen..” – Netizen ‘Naik Hantu’ Baca Luahan Skandal Suami Orang Di TikTok

Kehidupan

(VIDEO) “Seram Baca Komen..” – Netizen ‘Naik Hantu’ Baca Luahan Skandal Suami Orang Di TikTok

Tular di media sosial Twitter semalam mengenai satu perkongsian TikTok yang memaparkan komen daripada wanita yang mendakwa diri mereka perempuan simpanan atau ‘skandal’ kepada lelaki yang bergelar suami orang.

Komen berbaur rindu akan suami orang yang pulang beraya bersama anak dan isteri itu kemudiannya menjadi bahan bualan netizen yang rata-rata berasa meluat dengan sikap wanita-wanita berkenaan.

Advertisement

Antara komen-komen dalam tangkap layar komen TikTok itu adalah seperti;

“Rindu sangat..”

“Tengah tunggu si dia balik dari kampung baru boleh beraya sama..”

“Masing-masing menunggu dengan sakit hati, nak sangat kan, kena sabar..”

Malah ada juga wanita yang tidak kisah ‘menunggu’ kerana sudah diberi wang ringgit daripada suami orang itu.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik @ayuazizz ini, ramai netizen meluahkan rasa ‘seram’ dan geram dengan tindakan wanita yang boleh dianggap sebagai perampas ini.

Apa yang menjadi punca ramai yang berasa tidak puas hati adalah apabila wanita-wanita ini seperti bangga dengan tindakan mereka meskipun ia secara terang-terangan salah dan berdosa.

Selamat Hari Raya ‘suami’ orang tersayang. Beraya dulu bersama isteri dan anak-anak you dulu tau. Nanti kita raya bersama. Rindu kamu sangat.

Dan sudah pasti, ramai yang mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai keterlaluan dan ‘tidak tahu malu’.

Wanita dirisik dua orang satu masa
3 bulan lalu

(VIDEO) Kekasih Datang Nak Bincang Pasal Tunang, Wanita Terkejut Lelaki Lain Datang Merisik Di Hari Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. isteri orang

    May 10, 2022 at 11:38 am

    Aamiin

  2. Aku

    May 8, 2022 at 1:05 am

    Si skandal tak malu ke pakai duit suami orang? Dlm duit tu ada hak anak isteri, mak bapak dia, keluarga isteri dia semua..kikis2 harta jantan, jangan konfiden sgt duit tu halal..selagi korang belum halal, duit dan masa dia tu belum milik kau lagi. Masa untuk anak2 dia, isteri dia xboleh dibuat main. Kalau anak isteri rasa terabai sebab kau, harap2 kau juga sempat merasa benda yg sama sebelum kematian kau. Amiin

    • cLn

      May 9, 2022 at 9:57 am

      Aamiin

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...