Nahas bas terbalik di Gerik, Perak yang mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi Isnin masih mengejutkan ramai pihak.
Pelakon Zoey Rahman turut terkesan apabila sepupu lelakinya, Fakhrul Arif Rosli merupakan salah seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.
Menerusi Instagram, Zoey telah berkongsi video ketika solat jenazah dan suasana di sekitar Masjid Hadhari, Besut Terengganu.
Alhamdulillah, selesai sudah urusan kalian di dunia.
Masjid tersebut dipenuhi ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan orang awam yang turut mengiringi perjalanan terakhir arwah ke negeri abadi.
View this post on Instagram
Video dikongsikan Zoey itu telah meruntun hati ramai yang meninggalkan komen mereka mengucapkan takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Rakan artis turut dilihat mengucapkan salam takziah buat pelakon dan usawahan itu serta keluarganya di atas pemergian sepupunya itu.