Seorang individu bernama Siew Teck Meng berkongsi video di Facebooknya mengenai pengalaman yang disifatkan paling memalukan dalam hidupnya.
Dia menyatakan telah berdepan dengan ‘pengalaman buruk’ ketika berada di hospital Assunta. Kejadian di video itu berlaku, dikatakan apabila dia kekurangan RM1,200.00 bagi membayar bil hospitalnya di situ.
Dia memberitahu kejadian itu dikatakan berlaku selama hampir 50 minit. Dia hanya berjaya sampai di bank pada pukul 2.50 petang. Apabila dia menyatakan untuk memuat naik video itu di Facebook, kakitangan itu segera melindungi mereka.
“Saya tidak pernah dimalukan sebegini rupa.”
Menurutnya, masalah itu bermula pada hari Sabtu lalu, apabila dia ke hospital Assunta bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat kedua mengenai masalah di perutnya.
Sebaik selesai pemeriksaan doktor di sana menasihatkan dia untuk dimasukkan ke dalam ward bagi rawatan lanjutan dengan alasan bahawa doktor lain dari hospital yang dia pergi sebelum ini tidak cukup baik dalam penilaian mereka.
Siew Teck Meng berkata dia yang tidak dapat berfikir panjang bersertuju dengan saranan doktor itu.
Dia kemudiannya telah diperiksa oleh doktor dari Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) serta pakar dada yang disifatkannya ditolak ke sana sini seperti bola sepak.
Perkara itu berlanjutan sehingga ke hari Selasa, apabila dia memberitahu salah seorang doktor di sana bahawa dia tidak boleh mengambil ubat untuk menyembuhkan masalah kahaknya kerana ahli terapi pertuturannya dari hospital lain mengatakan bahawa jika dia melakukan perkara itu dia bakal menghadapi masalah yang lebih teruk.
Dia bagaimanapun tidak membenarkan pihak Assunta memanggil pakar terapi pertuturan mereka sendiri bagi merawatnya kerana dia telahpun memberi semua laporan perubatannya yang dikatakan tidak diendahkan oleh pihak Assunta.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.