Tular di laman TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ikin yang merupakan seorang jururawat yang berkongsi kisah tentang sepasang suami isteri yang menghantar anak mereka di sebuah hospital.
Menerusi video tersebut, pasangan suami isteri itu telah datang ke pusat rawatan dan mendakwa bahawa anak mereka terkena sawan di rumah.
Susulan itu, kanak-kanak itu terus dibawa ke dalam wad bagi pemerhatian dan mengenal pasti punca dan rawatan terbaik untuknya.
Namun, ketika berbincang dengan kedua ibu bapanya, mereka seperti terlepas cakap mengenai tujuan sebenar mereka menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat rawatan.
Lepas ni nak pergi bercuti senang sikit baby dah masuk wad..
Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 183.7K tontonan dan 13.3K tanda suka di laman TikTok.
@iam_ikin Haih… Mcm ni pun ada… Kesian baby.. ?? #pengalamam_mengajar_erti #rasankmarahtapikenasabar
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan sikap lepas tangan oleh sesetengah ibu bapa yang lebih mementingkan diri sendiri berbanding darah daging mereka.
Tak sangka parents macam ni wujud, – Netizen.
“Biar betul ya allah tak sanggup aku nak tinggal anak sakit pergi bercuti,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.