Satu video yang dimuat naik pasangan pengantin baru Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang telah menjadi tular dan bahan bualan netizen hari ini.
Video siaran langsung TikTok itu dimuat naik setelah pasangan ini menerima permintaan daripada pengikut media sosial mereka untuk melihat kesan ‘gigitan cinta’ yang didakwa dilakukan oleh Fatin kepada Aliff di bahagian tengkuk.
Aliff kemudian dilihat tanpa segan silu menunjukkan tanda ‘love bite’ tersebut di kamera meskipun Fatin ada cuba menghalang suaminya untuk berbuat demikian.
Si suami kemudian berkata ia adalah ‘love bite’ dan menganggapnya sebagai sesuatu yang lazat selain tanda rumah tangga mereka kini sedang bahagia.
Lazat, okeylah dah kahwin ada love bite, nampaklah bahagia tu. Kalau tak kahwin ada love bite, itu satu hal.
Namun begitu, difahamkan tanda seakan gigitan itu sebenarnya adalah tanda lahir dan ia dibuat sekadar suka-suka demi melayan peminat di media sosial.
BACA: Didakwa Kahwin Sebab Kaya, Fatin Afeefa Dedah – “Awak Bukan Orang Kaya Pertama Yang Dekati Saya”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap perbuatan pasangan itu sebagai keterlaluan dan membuatkan mereka menyampah pula.
“Terpaling kahwin la tu” komen seorang netizen.
Sekadar info, Fatin dan Aliff tampil membuat kejutan kepada peminat apabila mereka berdua telah melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada 30 Disember lalu.