Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pensohor media sosial, Sifu Lentik ataupun nama sebenarnya, Muhd Irfan Abdullah.
Dilaporkan, Sifu Lentik telah mengejutkan pengikutnya di media sosial dan juga rakan-rakan kerana allahyarham ada menghilangkan diri buat seketika kerana mahu merahsiakan penyakit yang dihidapinya.
Terbaru, abang kepada Sifu Lentik ada berkongsi foto-foto saat terakhir dan ketika dia sedang bertarung nyawa melawan penyakitnya itu.
Dalam hantaran video tersebut, Sifu Lentik dilihat tidak bermaya dan sakit ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Abang allahyarham juga sempat mengucapkan terima kasih kepada netizen di luar sana yang sentiasa mendoakan arwah adiknya itu.
@abg_sifu ASSALAMUALAIKUM ..trma kasih yg.mndoakan insan yg baik ini..cemburu sgt dgn pmergianmu..adikku..#sifu #fyp #viral #viralvideo #tiktokmalaysia#fypdongggggggg
Terima kasih yang mendoakan insan yang baik ini, cemburu sangat dengan pemergianmu adikku. Berehatlah adikku. Ramai yang mendoakanmu. Al-Fatihah.
Sekadar info, Allahyarham Sifu Lentik sering membuat ‘live’ berniaga dan bersedekah di media sosial. Dia dilaporkan meninggal dunia pada 14 Jun yang lalu akibat penyakit kanser.