(VIDEO) Sembunyikan Diri, Polis Heret Peserta Tabligh Untuk Dapatkan Pemeriksaan COVID-19

Trending

(VIDEO) Sembunyikan Diri, Polis Heret Peserta Tabligh Untuk Dapatkan Pemeriksaan COVID-19

Umum mengetahui bahawa kes COVID-19 naik mendadak di Malaysia selepas seorang pesakit positif virus tersebut telah menyertai satu perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. Yang merisaukan ialah kerana ijtimak itu telah dihadiri oleh hampir 15,000 peserta yang merangkumi rakyat Malaysia dan juga luar negara.

Bahkan, kes pertama positif COVID-19 di Brunei dijangkiti virus tersebut selepas menghadiri ijtimak tabligh itu bersama rakannya. Bagi membendung penyebaran wabak ini secara berleluasa, pihak berkuasa telah berusaha menjejaki kesemua rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut. Meskipun ramai peserta tabligh yang menyerah diri untuk mendapatkan pemeriksaan tetapi ada juga sesetengah individu yang ingkar dan menyembunyikan diri daripada dijumpai.

Advertisement

peserta tabligh lalui pemeriksaan covid-19

Menyoroklah macam mana pun tetapi pihak polis akan cuba mencari sehingga lubang cacing supaya peserta tabligh ini semua melalui pemeriksaan kesihatan dan tidak membahayakan nyawa orang lain kerana kedegilan mereka.

Seperti sebuah video yang dikongsi di laman Twitter ini yang memperlihatkan seorang tabligh diheret keluar daripada rumahnya kerana tidak mahu memberikan kerjasama yang sepatutnya selepas menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.

Rata-rata netizen yang menonton video ini meluahkan rasa kesal dengan dengan sikap tidak bertanggungjawab dengan sesetengah peserta tabligh ini. Pemeriksaan COVID-19 yang dilakukan hanyalah untuk memastikan ianya tidak tersebar kepada orang lain. Telah pun dipanggil secara elok tetapi langsung tak lut sehingga terpaksa menggunakan kekerasan.

netizen marah peserta tabligh

Harap kesemua peserta tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling serah diri dan dapatkan pemeriksaan COVID-19 dengan segera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...