Seorang lelaki meraih perhatian ramai apabila dia dirakam bermain kasut roda di sebatang jalan raya sesak yang dipenuhi dengan kenderaan.
Kejadian itu berlaku di tengah kota raya Bangkok, Thailand dan rakaman video menunjukkan lelaki warga asing itu tidak memakai sebarang alat perlindungan diri.
Berdasarkan rakaman tersebut, dia dilihat meluncur laju di bahu jalan namun lama kelamaan semakin berani meluncur di tengah jalan sehingga menganggu laluan kenderaan lain.
Lelaki tersebut dikenal pasti seorang warganegara Kanada bernama Jordan Joseph Mclver dan dia dilaporkan mengaku melakukan kesalahan itu.
Jelasnya, dia sedang bersenam sambil meneroka bandar tersebut namun tidak tahu bahawa sukan tersebut bertentangan dengan undang-undang di Thailand.
Menerusi TikTok, individu yang memuat naik rakaman itu memaklumkan warga asing terbabit telah dikenakan denda 1,000 baht (RM124) kerana membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.