Baru-baru ini tular di laman TikTok, satu hantaran video rakaman CCTV oleh seorang pengguna memaparkan sebuah keluarga di Hong Kong telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat bersandar pada patung Teletubbies yang berharga 52,800 Yuan (RM34,854.94).
Sejurus itu, patung itu dilihat tumbang di belakangnya dan kanak-kanak itu dilihat kebingungan diceramah oleh staf pekerja.
Kesian mak ayah! anak pecahkan patung Teletubbies, kena ganti rugi RM34K
Menurut pihak premis, sejak dipamerkan pada November 2021, patung tersebut langsung tidak pernah mengganggu laluan keluar masuk kedai.
Namun, selepas berunding ibu bapa kanak-kanak itu hanya perlu membayar pampasan bernilai 30,000 Yuan (RM19,772.87).
@gemuk_itam
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai rekasi dan mengatakan pihak premis sepatutnya meletakkan barang pameran yang bernilai sebegitu di tempat yang lebih selamat lagi.
kalau tahu mahal patung tu.. kenapa tak masukkan peti cermin khas.. – Netizen.
“Kadang-kadang diorang sengaja letak barang-barang mahal yang mudah rosak di tempat begini dan tak ada safety supaya boleh caras duit dekat orang yang rosakkan,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.