Penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul kini semakin dikenali dan cemerlang di industri seni muzik tempatan malah turut dikenali di negara lain seperti Indonesia dan Korea misalnya.
Kemampuannya menghasilkan karya lagu sendiri dan juga menyanyi lagu bahasa asing sekaligus membuatkan Aina mampu menjadi penyanyi serba boleh.
Namun, tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu mendakwa Aina Abdul adalah penyanyi kelahiran Indonesia dan ia kemudiannya menjadi topik hangat antara netizen di kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia.
Meninjau ruangan komen video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu, ramai netizen Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap individu itu telah ‘claim’ apa yang bukan kepunyaan mereka.
Tolong jangan claim Aina sebagai orang Indonesia ya, dia merupakan salah seorang penyanyi bagus asal Malaysia, generasi penyanyi baharu yang berkualiti.
Dalam banyak-banyak video mengkritik individu ‘kaki claim’ itu, ramai juga yang memuji kualiti nyanyian Aina Abdul seperti setaraf dengan artis antarabangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.