(VIDEO) Sedih Orang Masih Ingat Dirinya Hilang Ingatan, Zaiton Sameon Teringin Nak Buat ‘Comeback’ Dalam Bidang Hiburan

Hiburan

(VIDEO) Sedih Orang Masih Ingat Dirinya Hilang Ingatan, Zaiton Sameon Teringin Nak Buat ‘Comeback’ Dalam Bidang Hiburan

“Ingatan saya dah makin okey..” begitulah luahan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang mengatakan dirinya agak terkilan apabila masih dianggap mempunyai masalah kesihatan sehingga kini.

Penyanyi lagu popular Menaruh Harapan ini dalam pada itu turut menyimpan hasrat untuk membuat kemunculan semula dalam dunia hiburan memandangkan dia masih aktif menyanyi ketika ini namun terhenti seketika akibat pandemik COVID-19.

Advertisement

Ujar Zaiton atau nama sebenarnya Zaiton Bin Haji Sameon,64, dia berasa seperti bernyawa kembali apabila dapat menghiburkan orang ramai di pentas nyanyian.

Saya masih menyanyi lagi tapi disebabkan COVID ini berhenti buat sementara waktu. Saya selalu buat persembahan di majlis perkahwinan.

Selain menghiburkan peminat di majlis perkahwinan, Zaiton yang kini dijaga adik angkat turut mengusahakan perniagaan makanan yang dikenali sebagai rendang Nasib di mana ia merupakan hasil air tangan penyanyi itu sendiri.

 

Sekarang ini juga memang terjejas pendapatan dan saya tengah usahakan rendang Nasib yang saya masak sendiri jadi boleh jana pendapat sedikit.

Zaiton yang menjadi tular baru-baru ini di aplikasi TikTok kerana tetap tersenyum menyanyikan lagu untuk peminat meskipun turut terjejas banjir di atas rakit dilaporkan telah ditemui di kediamannya yang terlekat di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Selangor menerusi program Ziarah Prihatin Seniman.

Zaiton Sameon
2 years ago

Sempat Hiburkan Diri, Zaiton Sameon Berakit Harungi Banjir Sambil Menyanyi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...