Baru-baru ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita tentang penerbit drama, Datuk A. Aida dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital selepas rebah setelah melakukan rawatan fisioterapi.
Difahamkan, penerbit berusia 55 tahun berkenaan telah menjalani pembedahan di kedua-dua lututnya, dua hari sebelum kejadian itu berlaku.
Selepas empat hari koma, A. Aida akhirnya sedar dan kini berada dalam keadaan stabil serta dijangkan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat.

Usahawan dikenali sebagai Kak KM tidak melepaskan peluang untuk terus menziarahi rakannya di hospital sebaik sahaja menerima khabar berita itu.
Menerusi perkongsian Kak KM, dia telah ke KPJ Ampang Puteri, Ampang dan melawat A. Aida yang dilihat sudah boleh mengukir senyuman dan semakin pulih.
Sebelum beredar, Kak KM berpesan kepada penerbit itu untuk menjaga diri dan A. Aida turut mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi melawatnya.
View on Threads
Terdahulu, bekas suami A. Aida iaitu penyanyi Ameng memaklumkan bahawa pihak keluarga mengadakan bacaan Yasin selepas anak mereka, Wan Az Aleesa dimaklumkan oleh doktor.
Dia beritahu tahu saya doktor suruh baca Yasin. Jantung ibunya sudah berhenti sebanyak lapan kali. Saya sempat melawat A.Aida. Saya tengok seolah-olah dia sudah tiada harapan. Jadi kami telah lakukan bacaan Yassin dan solat hajat. Alhamdulillah saya dapat panggilan daripada anak saya memaklumkan ibunya sudah sedar.
