(VIDEO) “Sebijik Macam Aku Tengah Berdiri” – Dah Macam Manusia, Penjaga Zoo China Nafi Staf Menyamar Pakai Kostum Beruang

Kehidupan

(VIDEO) “Sebijik Macam Aku Tengah Berdiri” – Dah Macam Manusia, Penjaga Zoo China Nafi Staf Menyamar Pakai Kostum Beruang

Tular di media sosial beberapa hari yang lalu mengenai sebuah video memaparkan seekor beruang matahari yang dikatakan ‘penyamar’ kerana menyerupai tingkah laku manusia.

Video memaparkan aksi video beruang matahari yang ditempatkan di sebuah zoo di Timur China itu kemudiannya menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

Kata netizen, beruang itu seperti seorang manusia yang dipakaikan kostum haiwan kerana mampu berdiri di atas telapak kakinya sendiri.

Susulan itu, penjaga Zoo Hangzhou telah mengeluarkan kenyataan rasmi di mana pihak mereka menafikan Angela, nama bagi beruang matahari itu adalah manusia yang dipakaikan kostum.

Apabila bercakap tentang beruang, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah sosok yang besar dan kuasa yang menakjubkan. Tetapi tidak semua beruang adalah raksasa dan bahaya. Kami beruang Malaya adalah kecil molek, terkecil di dunia.

Malah, Angela yang berasal daripada Malaysia itu adalah haiwan yang kecil molek dan merupakan spesis beruang terkecil di dunia.

Sun bearSumber : Google  

Tambah penjaga zoo itu lagi, agak mustahil untuk seorang manusia bertahan memakai sut beruang di tengah musim panas yang terik.

Terdahulu, seekor beruang matahari menjadi tumpuan kerana dilihat berdiri, mempunyai bentuk kaki yang langsing, serta lipatan belakang badannya yang berlipat; seperti seorang manusia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita berniqab jual tetek
9 months ago

"Top Fan Semua Suami Orang" - Wanita Berniqab Kejar 'Gift' Di TikTok, Belanja T*tek Untuk Penonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NY Times

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...