(Video) Sebak Lihat Penghantar Foodpanda Gigih Berkerja Walaupun Serba Kekurangan

Trending

(Video) Sebak Lihat Penghantar Foodpanda Gigih Berkerja Walaupun Serba Kekurangan

Sebagai manusia kita semua perlu keluar mencari rezeki demi menampung kehidupan kita. Tetapi, kerap kali kita lihat, masyarakat di dunia menggunakan alasan mereka cacat dari segi fizikal dan tidak mampu untuk keluar berkerja.

Apa yang kita sering lihat, rata-rata dari golongan ini menggunakan kelemahan dalam diri mereka meminta sedekah bagi menampung kehidupan dari orang yang tidak dikenali tanpa ada rasa segan dalam diri mereka.

Advertisement

Baru-baru ini tular seorang pemuda telah berkongsikan satu video seorang pekerja Foodpanda yang kekurangan anggota, sanggup berkerja sebagai penghantar makanan, walaupun mengalami kekurangan dalam diri.

Baliami Conmigo telah memesan makanan melalui Foodpanda dan menanti makanannya datang pada malam itu kerana malas untuk keluar.

Selepas itu, penghantar makanan tersebut menelefon mengatakan bahawa sudah berada di bawah dan ingin mengesahkan rumahnya.

Setelah tiba di rumahnya, dia berasa terkejut melihat keadaan penghantar makanan tersebut yang serba serbi kekurangan.

Penghantar Foodpanda memohon maaf kepada beliau kerana lewat menghantar makanan kerana lif rosak dan tersilap tingkat.

Kemudian, beliau pun membayar wang makanan tersebut dan memberikan sedikit wang tips kepada penghantar Foodpanda itu.

Beliau turut menulis di dalam Facebooknya memberitahu:

Masih ramai manusia yang susah dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak dan isteri. Orang yang serba kekurangan dan kedaifan semangat nak kerja mencari rezeki, kita ini masih kuat pun malas nak kerja dan masih memilih.

Tak malukah kita?

Sedih tau, jarang jumpa depan-depan orang macam itu. Ini first time. Sebelum ini tengok dalam TV takpun media sosial.

Ini video saya rakam sendiri tau, sebak tak korang?


Semoga Abe foodpanda dan ‘rider’ makanan yang lain dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera selalu.

Rata-rata netizen berasa sebak akan kegigihan yang ditonjolkan oleh penghantar Foodpanda tersebut.


Dengan perkongsian dari pemuda ini, diharapkan kita yang kuat ini kekal rajin dalam mencari rezeki yang telah diamanahkan oleh Allah.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...