Dengan kemunculan aplikasi TikTok, ramai yang cuba mencipta ‘content’ untuk menarik perhatian ramai.
Kadangkala, proses pembikinan ‘content’ media sosial adalah sangat memalukan lebih-lebih lagi video yang dibuat di kawasan awam.
Itulah yang terjadi kepada seorang gadis di mana kelibatnya menari di Kuala Lumpur berlatar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad berjaya dirakam oleh TV3.
https://www.tiktok.com/embed.js
Video kelibat menari tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok lain yang dikenali sebagai @mamatgotnochill. Pengguna tersebut turut ‘membahan’ wanita yang secara tidak sengaja muncul di dalam berita televisyen itu dan menjadi tular di dalam media sosial tersebut.
Tidak lama selepas video tersebut tular, seorang gadis berbangsa Cina dengan nama @gigicheoh di TikTok mengaku bahawa dia adalah individu yang tular itu dan tujuan video itu dicipta untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Sayalah tu.”