(VIDEO) Saya Tidak Lupa Lirik, Ada Masalah Teknikal – Zamani Dedah Situasi Sebenar

Hiburan

(VIDEO) Saya Tidak Lupa Lirik, Ada Masalah Teknikal – Zamani Dedah Situasi Sebenar

Kegagalan Zamani untuk menyanyikan lagu Dekat Padamu dengan baik sehingga terlupa lirik semalam di GV5 jelas menimbulkan pelbagai isu. Tidak dinafikan, ada juga sesetengah peminat yang risau tentang keadaan kesihatannya. Mungkin  Zamani belum pulih sepenuhnya selepas peti suaranya koyak.

Advertisement

Tidak mahu orang ramai terus salah faham dan mengkritik dirinya, Zamani menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Menurut penyanyi lagenda itu, beliau bukanlah terlupa lirik tetapi menghadapi masalah teknikal dimana tidak dapat mendengar melalui ‘earpiece’.

Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini. Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.

Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya. Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri.

Zamani akui beliau terasa sangat malu dengan apa yang terjadi sehingga ingin berputus asa tetapi memikiran masih mempunyai peluang kedua, beliau kembali bangkit dan cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik. Hasilnya Zamani berjaya membuktikan beliau dapat menyanyi dengan baik dan seterusnya mara ke final.

Sumber Berita & Foto: Astro Gempak

Kredit Video : YouTube Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...