(VIDEO) “Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa Dah” -Ungku Ismail Kesal Portal Buat Tajuk ‘Misleading’ Demi Tontonan

Hiburan

(VIDEO) “Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa Dah” -Ungku Ismail Kesal Portal Buat Tajuk ‘Misleading’ Demi Tontonan

Umum sedia maklum, pelakon Nad Zainal sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana terkena jangkitan pada paru-paru.

Keadaan Nad Zainal juga sering kali dikongsikan oleh rakan baiknya, Ungku Ismail yang juga merupakan seorang pelakon.

Advertisement

Walau bagaimanapun, terdahulu niat baik Ungku Ismail itu disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang mendakwa dirinya mengambil kesempatan atas keadaan Nad.

Susulan perkara negatif yang diterima, Ungku membuat hantaran video berharap agar tiada lagi pihak yang mengadakan cerita tidak sahih bagi meraih tontonan.

Saya harap tiada pihak yang ambil kesempatan untuk dapat tontonan dengan buat tajuk mengelirukan atau cerita yang sampai saya tak tahu nak cakap apa dah. Tergamak buat begitu.

…Saya dan netizen boleh buat report dan ambil tindakan berkenaan itu untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berkembang.”

Dalam pada itu, Ungku Ismail memberitahu bahawa keadaan aktres itu sama seperti kali terakhir perkembangannya sebelum ini.

Ungku Ismail juga meluahkan rasa gembira apabila orang ramai turut prihatin tentang keadaan Nad dan berharap agar pihak di luar sana menitipkan doa demi kesihatan aktres tersebut.

2 years ago

Niat Baik Disalah Erti, Ungku Ismail Kecewa Dituduh Ambil Kesempatan Atas Keadaan Nad Zainal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...