Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Saya Tak Boleh Puaskan Hati Semua Orang, Sikit-Sikit Viral Apa Salah Saya – Aliff Syukri

Gara-gara memburukkan imej seorang penonton di GV5 dengan menyatakan ingin mencari seorang wanita hodoh untuk mempromosikan produknya, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sejak hujung minggu lalu menerima pelbagai kritikan daripada netizen termasuk juga rakan artis yang merasakan tindakan beliau itu melampau.

Advertisement

Mungkin sudah tidak tahan dirinya terus dikecam, Aliff menerusi akaun Instagramnya semalam memuat naik sebuah video luahan hatinya yang kecewa mengapa dirinya terus dipersalahkan dan apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan viral serta dijadikan target untuk netizen mengecam dirinya.

Kata Aliff, beliau tidak sengaja menghina wanita tersebut. Tidak boleh memuaskan hati semua orang, Aliff enggan lagi terus memikirkan apa lagi percakapan orang terhadap dirinya.

Terdahulu, Aliff bukan sahaja dikritik kerana ‘marketing’ terlampaunya yang melabelkan seorang wanita hodoh beliau juga dianggap bersikap rasis mempersendakan warna kulit penyanyi berbangsa India, Santesh Kumar.  Rata-rata netizn berpendapat masih ada banyak lagi cara untuk mempromosikan sesuatu produk tanpa perlu menghina rupa paras seseorang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 Comments

  1. Anonymous

    November 6, 2018 at 3:44 pm

    Kesian pulak nengoknya. Mmg dia terlajak kata tu. Dia kan semua terlajak… dah la tu. Tak baik panjang2kan isunya. Dia dah minta maaf. Aku sendiri tak faham kenapa makin rancak orang mengata. Btw, Dato… peringatan untuk ke seratus kali… think think think before you speak.

    • tipahhhh

      November 7, 2018 at 9:36 am

      Anonymous
      says:
      November 6, 2018 at 3:44 pm

      Aku xamek peduli pun pasal mamat ni, tp this time dia melampau sgt sbb tu kot netizen bash dia kaw2.. Menda simple, buat salah mintak maaf, bukan mati2 tegakkan benang yg basah. pastu buat video mcm pondan sedih pilu tanya “korang nak apa”.. aku mmg GV follower tp bila sampai tang sponser slot ni aku cfm tukar channel, sbb xsupport 1, lagi satu mls nk tengok clown terkinja2. kesian.

  2. Aku

    November 6, 2018 at 3:30 pm

    Betul orang tua kata: Terlajar perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.
    Senjaga atau tak, kena faham sensitiviti masyarakat, tambahan pula itu adalah ciptaan Allah s.w.t. Ini bukan sekali Datuk Aliff menghina orang lain, kemudian minta maaf. “tak sengaja” selalu digunakan apabila Datuk mencetuskan isu dan minta maaf. Bagi saya betul kata Datin, baik Datuk diam dan perhatikan sahaja. Saya tabik kat penaja Almas Beauty, ViAsia, Aura White, mereka buat promote juga barang, tetapi hanya melalui iklan je. Lepas ini, harap Datuk dapat pengajaran. Usah dikata anda tak berada ditempat saya, betul kami tak ada kat tempat Datuk, tapi kami boleh menilai. Apa yang berlaku kepada Datuk berpunca dari kata-kata Datuk sendiri. Belajar ye Datuk

  3. Anonymous

    November 6, 2018 at 1:06 pm

    ALIF SYUKRI SILA BACA KOMEN AKU NI!!!

    Kita kan kalau dah buat salah, kita mengaku, tunjuk penyesalan dan mintak maaf dengan org bukan naikkan EGO kau tu dengan nak menyalahkan org lain pulak.

    Sedih aku tgk org mcm kau ni. Kita ni hidup bermasyarakat, mmg mata2 kami ni ckup tak berkenan dengan perangai ketagih populariti melampau2 mcm ni.

    Sbb org mcm kau, sajat dan si vida tulah org dok pandang bangsa kita ni BODOH. KALAU BODOH BOLEH DITEGUR BOLEH DIAJAR TAKPE LAJUGAK NI DAHLA BODOH SOMBONG PULAK.

    Satu lagi kalau ko rasa ko pemurah baguslah yang tak bagus tu ko guna budi ko dan sedikit rezeki yg Allah bagi tu mcm lesen pulak ko nak buat pape. Dah lupa ke semua tu bukan ko punya pun. Jangan layan org yg ko penah sponsor mcm pengemis la ALIF & WIFE.

    SEKIAN.
    Tak salah jadi kaya, itu mmg rezeki ko, yg salah jadi sombong bodoh sbb Allah dah bg akal, tp ko xnak guna.

  4. Anonymous

    November 6, 2018 at 12:46 pm

    Kt ig bini dia..dia kn backup si alip..so bini dia komen kt netizen yg si alip ni sbnrnya nk ckp kusam tp xtau in english..hahaha..

    • Anonymous

      November 6, 2018 at 1:19 pm

      Abis muka pecah rumah.. muka bomoh bagai tu cth kusam ke? Haha

    • Anonymous

      November 6, 2018 at 1:34 pm

      Hahahaha..kan..cer tgk ig bini alip..rase nk sepak je dua laki bini tu..bila org tny pasal santesh..bini dia ckp la..abes,maharaja lawak tu lagi teruk kutuk2 body shaming bagai..kenapa kami plak yg terlebih kena..gittew..dua2 perangai musibat

    • Yekeni

      November 6, 2018 at 2:32 pm

      So, if other people body shaming, it is ok for them to body shame as well? That shows how low they are. Husband and wife sama. Kadang2 tengok wife dia pun dah tau perangai sama mcm husband husband despite dia selalu kononnya the baik one, the modest one. True colors always shine thru….

  5. Anonymous

    November 6, 2018 at 12:25 pm

    Ko mmg bodoh

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top