Written by Bella | November 6th, 2018

Gara-gara memburukkan imej seorang penonton di GV5 dengan menyatakan ingin mencari seorang wanita hodoh untuk mempromosikan produknya, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sejak hujung minggu lalu menerima pelbagai kritikan daripada netizen termasuk juga rakan artis yang merasakan tindakan beliau itu melampau.

Mungkin sudah tidak tahan dirinya terus dikecam, Aliff menerusi akaun Instagramnya semalam memuat naik sebuah video luahan hatinya yang kecewa mengapa dirinya terus dipersalahkan dan apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan viral serta dijadikan target untuk netizen mengecam dirinya.

Kata Aliff, beliau tidak sengaja menghina wanita tersebut. Tidak boleh memuaskan hati semua orang, Aliff enggan lagi terus memikirkan apa lagi percakapan orang terhadap dirinya.

Terdahulu, Aliff bukan sahaja dikritik kerana ‘marketing’ terlampaunya yang melabelkan seorang wanita hodoh beliau juga dianggap bersikap rasis mempersendakan warna kulit penyanyi berbangsa India, Santesh Kumar.  Rata-rata netizn berpendapat masih ada banyak lagi cara untuk mempromosikan sesuatu produk tanpa perlu menghina rupa paras seseorang.

26 responses to (VIDEO) Saya Tak Boleh Puaskan Hati Semua Orang, Sikit-Sikit Viral Apa Salah Saya – Aliff Syukri

  1. Kak Ros says:

    Cuba saudara tengok balik video yg berkenaan. Adakah wajar? Kalau saudara berada di tempat wanita itu/Santesh pula, bagaimana? Kalau kita dah tersilap, minta maaf dan berazam dan berusaha untuk tidak buat lagi. Mungkin ada baiknya saudara sediakan skrip yg baik dan tidak buat gimik jualan secara spontan jikalau kita jenis yg kelam-kabut dan akhirnya makan diri.
    Tidaklah setiap kali berlaku lagi, diviral lagi dan kita tanya “Apa korang nak ?”

    30

    0
    • Anonymous says:

      Dia ni pandai nasihat vida suruh mitok maap dkt aishah. tp dia sendiri ego. takleh blah dia plk play victim. netizen yg kecam tu yg jahat. mmg dia xleh puaskan hati semua org tp dia boleh jadi cerdik sikit kot? org xde otak je ckp mcm dia ckp dkt GV ritu.

      8

      0
    • doktor asli says:

      Another stupid malay asshol3 with IQ of a carrot….too many of them running around in Malaysia

      14

      0
    • Laku laris says:

      Dato lain kali kalau nak buat marketing pakai cara yang elok sikit.. tak perlu kot pakai kata2 menghina untuk melariskan produk.. orang lagi menyampah tau melihatnya. Try again next time ye

      7

      0
    • ALIFF BERSYUKUR says:

      Belajar lah dari Founder Maybelline, SK-II, NARS, L’OREAL.
      Brand mereka lebih bagus malah berkualiti.
      Sponsor masih sponsor.
      Tapi tak GILA PUBLISITI.
      Tak tunjuk rumah besar.
      Tak tunjuk kereta berderet.
      Malah, diorang kalau boleh tak mahu dikenali.

      10

      0
      • Sis says:

        Itu sebab diorang tau produk diorang berkualiti, let the product speaks for itself. Kalau produk suam2 kuku, tu yg gimik lebih2.

        0

        0
    • Anonymous says:

      Tulah..lain kali berfikir dulu sblum berkata2..tkle ckp sesukahati
      .i.ikut sedap mulut kau…terlajak perahu boleh di tarik balik..ah sambung..

      0

      0
  2. snow says:

    dah kau ckp ugly women..masa tu plak tgh siaran langsung..mmg laa org kecam..bende tu bkn lawakk..aku yg tgk pon tukar channel lain jap..sbb kesian kat pompuan tu..n tak sanggup tgk muka pompuan tu kene bahan ngan kau..pastu ko plak bleh bt video ckp kenape org kecam sy..tak paham laa aku ngan kau nie..

    16

    0
  3. Makcik munah says:

    Hello, dah la cakap ugly, x perlu la nk cakap APA SALAH SAYA. APA SAYA BUAT.PENING LA.

    kalau ko da decide nk mnta maaf. Then mintak maaf and silent. Ni kau laki bini da sama. Bini siap kate nnti mntk derma, mntm sponsir kat korg. Adoi

    Bersihkan hati dato oi. Muhasabah diri. Dah terlepas ckp.mntk maaf dgn org dan berubahlah!

    9

    0
  4. Lavida says:

    Aku pun rasa dia tak sengaja..masa tu kan ckp english..mana dia tau nak pakai ayat yg sesuai.so dia hantam saja,ditambah pulak mulut dia kan mmg celupar tu yg tak tercontrol.Apa pun tu lah kelemahan dia.Harap lain kali dia boleh improve.

    0

    10
    • da buat slh x nk mengaku says:

      tu bkn ALASAN. sblm dia bgn n promote, of coz dia da rancang nk buat apa kn? skrip spontan? x boleh diterima melainkan perkataan tu diucap n disusuli perkataan maaf. ni x… nk kasi duuit
      maruah da calar nk ganti duit?

      8

      0
    • Yekeni says:

      Tak payah alasan tak tau ayat english. After the word ugly, dia pakai word hodoh hodoh, muka pecah rumah, macam bomoh.

      Imagine kalau pompuan tu bersiap nak keluar rumah, pakai tudung, tengok cermin, pakai celak, lipstick, ingat muka dah elok nak berjalan. Sekali kena kata ugly, muka bomoh, hodoh in public. Apa rasa dia?

      Deni dah bodoh, degil pulak tu. Orang degil mmg takleh di ajar. Dia sendiri banyak kelemahan. Suara pondan, muka kemek, dagu besar, badan sekeping, sotong and above all these, takde otak. Lagi goner…

      11

      0
  5. Noname says:

    Aku cg english pn x pernah guna word ugly nk tuju ke sapa2..
    Nape x rujuk word ugly pd datin shahida masa tu…
    Bkn game show kut..
    Alasan tersilap satu word ..apa salah saya..
    Loya la,.selama ni mmg x pernah sedar o buat bodoh bila aibkn org..
    Ni Allah bagi cash berapa bnyk video viral kau jerit2 n maki org..
    Empayar juta2 yg kau canang setiap kali buka mulut pn bole lingkup
    nnti…
    Nnti anak kulit gelap tu sentimen racist kut..
    Tau la keturunan kau jual skin care..berlapis2 foundation.. bedak n makeup..
    Asyik buat perkara sensitif dari dulu…
    Kaya kau bkn lesen boleh hina2 org lps tu ckp ..saya bkn mencyri..bkn merompak..tu je ke yg kau belajar dlm hidup ni..buat duit n video viral..

    9

    0
  6. Anonymous says:

    Ko mmg bodoh

    6

    0
  7. Anonymous says:

    Kt ig bini dia..dia kn backup si alip..so bini dia komen kt netizen yg si alip ni sbnrnya nk ckp kusam tp xtau in english..hahaha..

    0

    2
    • Anonymous says:

      Abis muka pecah rumah.. muka bomoh bagai tu cth kusam ke? Haha

      6

      0
      • Anonymous says:

        Hahahaha..kan..cer tgk ig bini alip..rase nk sepak je dua laki bini tu..bila org tny pasal santesh..bini dia ckp la..abes,maharaja lawak tu lagi teruk kutuk2 body shaming bagai..kenapa kami plak yg terlebih kena..gittew..dua2 perangai musibat

        8

        0
        • Yekeni says:

          So, if other people body shaming, it is ok for them to body shame as well? That shows how low they are. Husband and wife sama. Kadang2 tengok wife dia pun dah tau perangai sama mcm husband husband despite dia selalu kononnya the baik one, the modest one. True colors always shine thru….

          7

          0
  8. Anonymous says:

    ALIF SYUKRI SILA BACA KOMEN AKU NI!!!

    Kita kan kalau dah buat salah, kita mengaku, tunjuk penyesalan dan mintak maaf dengan org bukan naikkan EGO kau tu dengan nak menyalahkan org lain pulak.

    Sedih aku tgk org mcm kau ni. Kita ni hidup bermasyarakat, mmg mata2 kami ni ckup tak berkenan dengan perangai ketagih populariti melampau2 mcm ni.

    Sbb org mcm kau, sajat dan si vida tulah org dok pandang bangsa kita ni BODOH. KALAU BODOH BOLEH DITEGUR BOLEH DIAJAR TAKPE LAJUGAK NI DAHLA BODOH SOMBONG PULAK.

    Satu lagi kalau ko rasa ko pemurah baguslah yang tak bagus tu ko guna budi ko dan sedikit rezeki yg Allah bagi tu mcm lesen pulak ko nak buat pape. Dah lupa ke semua tu bukan ko punya pun. Jangan layan org yg ko penah sponsor mcm pengemis la ALIF & WIFE.

    SEKIAN.
    Tak salah jadi kaya, itu mmg rezeki ko, yg salah jadi sombong bodoh sbb Allah dah bg akal, tp ko xnak guna.

    11

    0
  9. Aku says:

    Betul orang tua kata: Terlajar perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.
    Senjaga atau tak, kena faham sensitiviti masyarakat, tambahan pula itu adalah ciptaan Allah s.w.t. Ini bukan sekali Datuk Aliff menghina orang lain, kemudian minta maaf. “tak sengaja” selalu digunakan apabila Datuk mencetuskan isu dan minta maaf. Bagi saya betul kata Datin, baik Datuk diam dan perhatikan sahaja. Saya tabik kat penaja Almas Beauty, ViAsia, Aura White, mereka buat promote juga barang, tetapi hanya melalui iklan je. Lepas ini, harap Datuk dapat pengajaran. Usah dikata anda tak berada ditempat saya, betul kami tak ada kat tempat Datuk, tapi kami boleh menilai. Apa yang berlaku kepada Datuk berpunca dari kata-kata Datuk sendiri. Belajar ye Datuk

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Kesian pulak nengoknya. Mmg dia terlajak kata tu. Dia kan semua terlajak… dah la tu. Tak baik panjang2kan isunya. Dia dah minta maaf. Aku sendiri tak faham kenapa makin rancak orang mengata. Btw, Dato… peringatan untuk ke seratus kali… think think think before you speak.

    0

    2
    • tipahhhh says:

      Anonymous
      says:
      November 6, 2018 at 3:44 pm

      Aku xamek peduli pun pasal mamat ni, tp this time dia melampau sgt sbb tu kot netizen bash dia kaw2.. Menda simple, buat salah mintak maaf, bukan mati2 tegakkan benang yg basah. pastu buat video mcm pondan sedih pilu tanya “korang nak apa”.. aku mmg GV follower tp bila sampai tang sponser slot ni aku cfm tukar channel, sbb xsupport 1, lagi satu mls nk tengok clown terkinja2. kesian.

      0

      0
  11. mala says:

    After jadi viral please tengok the recording and muhasabah diri before you asked “apa salah saya”

    0

    0
  12. bigbang says:

    kau tak upload apaapa dlm internet sudah cukup puas hati aku..

    0

    0

Leave a Comment

Optional