(VIDEO) “Saya Tak Boleh Bayang Kalau Dia Tiada” – Menangis Kenang Jasa, Izzue Islam Hilang Arah Tanpa Isteri

Hiburan

(VIDEO) “Saya Tak Boleh Bayang Kalau Dia Tiada” – Menangis Kenang Jasa, Izzue Islam Hilang Arah Tanpa Isteri

Sedia maklum, pelakon dan pengacara, Izzue Islam sudah pun menikahi isteri tercinta, Awin Nurin sejak tahun 2013 lagi. Pasangan ini juga sering dijadikan contoh buat pasangan lain kerana kekal setia biarpun masih belum mempunyai rezeki anak.

Isteri banyak berjasa dalam perjalanan kerjaya seni

Kata Izzue atau nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan, isterinya merupakan individu yang banyak berjasa sepanjang kerjaya seni.

Advertisement

Bahkan merasakan dirinya barangkali tidak akan dikenali ramai jika bukan kerana bantuan Awin yang merupakan pengurusnya juga.

Tak boleh bayang hidup tanpa Awin

Dalam pada itu, pengacara itu juga berkata mereka sudah berjanji akan hidup bersama hingga ke akhir hayat, malah tidak boleh bayang kalau Awin tiada disisinya.

Kami pernah berborak dan saya kata kepadanya bolehkah kita mati bersama-sama nanti.

Ketika disoal oleh Rosyam Nor mengenai adakah dirinya bersedia jika isteri pergi dahulu, Izzue tidak dapat menahan air matanya dari mengalir.

Hilang arah kalau isteri tiada

Tambahannya lagi, dia akui ‘hilang arah’ ketika sedang menjalani penggambaran kerana steri tidak ikut akibat demam dan oleh kerana itu, dia sering membawa Awin kemana-mana saja dia pergi, malah mahu isteri sentiasa di depan matanya.

abang tesla
8 months ago

"Jarang Yang Hensem Tak Setia" - Kahwin 2 Sebab Zuriat, Netizen Bandingkan Abang Tesla Dengan Izzue Islam & Beto Kusyairy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...