Penyanyi tersohor, Ernie Zakri tampil memberikan respon setelah namanya terpalit dengan kontroversi hubungan sulit dengan pemuzik, Anwar Amzah.
Ditemui media, Ernie memaklumkan dakwaan pihak tidak bertanggungjawa yang menuduhnya menjalinkan hubungan sulit bersama Anwar sebagai tidak munasabah selain mendakwa dia telah diganggu oleh individu itu tersebut sudah beberapa tahun.
Sebolehnya saya tak nak beri perhatian terhadap isu ini. Ia membuang waktu dan tenaga kerana saya memang sudah diganggu oleh peminat ini sudah beberapa tahun. Saya tak rasa dia layak mendapat komen daripada saya. Saya tak mahu tahu kewujudan mereka.
Tambah Ernie lagi, individu itu seolah-olah mempunyai masalah kesihatan mental kerana sering mengambil tahu perihal hidup dan keluarganya.
@ohbulanofficial Penyanyi, Ernie Zakri tampil mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan ahli muzik, Anwar Amzah. #ohbulan #sembangentertainment
Saya rasa kami (dia dan Anwar) diganggu orang yang sama. Ketika diberitahu pihak Anwar, kami tergelak sebenarnya. Mesej ini dah selalu kami dapat. Saya hanya minta Anwar bertenang dan tidak buat sebarang kenyataan. Individu ini seperti banyak masa menggali kehidupan masa kini dan lampau saya.
Berikutan gangguan yang diterimanya itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu kini lebih berhati-hati memuat naik sebarang hantaran media sosial kerana bimbang individu tersebut akan bertindak melampau di kemudian hari.
Apa yang terjadi ini buatkan saya dan Syamel lebih berhati hati dan menjaga hubungan kami. Mungkin pendedahan di media sosial juga perlu ditambah baik lagi. Tak semua suka tengok kita berdua dan berkongsi video manis. Hal ini terjadi mungkin disebabkan cemburu.
Terdahulu, pemuzik Anwar Amzah tampil mendedahkan di media sosialnya mengenai tangkap layar memaparkan individu cuba menuduhnya menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang penyanyi wanita yang bergelar isteri orang dipercayai Ernie Zakri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.