Tiada angin tiada ribut, peminat dikejutkan dengan berita tentang penyanyi Adira memfailkan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Datuk Red.
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia itu tekad untuk bercerai kerana tiada persefahaman namun Datuk Red dikhabarkan masih mahu cuba menyelamatkan rumah tangga mereka.
Pelbagai persoalan timbul namun Adira memohon orang ramai menghormati serta memberikannya privasi dan akan memberikan kenyataan apabila sudah bersedia.
Kakak Adira, Emma Suhaimi menerusi Instagram story ada memuat naik video mempamerkan keadaan terkini adiknya.
Kata Emma, sepanjang bertanding di Family Duo Adira berperang dengan dirinya sendiri malah dia juga tertanya bagaimana adiknya itu boleh kuat.
Saya pun taktau macam mana dia boleh kuat. Mungkin sebab masih banyak yang memerlukan dia.
Sementara itu, Emma turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak media yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang semalam.
Emma menyifatkan mereka tidak menghormati sensitiviti orang lain kerana selamba memuat naik video meskipun Adira sudah memohon agar dirinya tidak dirakam.
Saya tadi dengar sendiri Adira dengan sopan minta tidak di interview dan tidak diambil gambar serta video. Macam mana awak ni boleh curi-curi ambila video?
Diam bah, kami punya keluarga pun tidak masuk campur. Sebab kami sendiri pun hormati provasi dia.