(VIDEO) “Saya Pernah Terjebak Dengan Dadah, Merompak Pecah Kereta Tapi Doa Ibu Selamatkan Saya” – Aedy Ashraf

Hiburan

(VIDEO) “Saya Pernah Terjebak Dengan Dadah, Merompak Pecah Kereta Tapi Doa Ibu Selamatkan Saya” – Aedy Ashraf

Pelakon Aedy Ashraf membuat pendedahan mengejutkan apabila berkongsi sisi gelap zaman silamnya yang pernah terjebak dalam jenayah.

Menerusi podcast Kita-Kita Aje! bersama Azizul Hasni Nawawi, Aedy mengakui dirinya sangat liar ketika fasa remaja dan awal dewasa.

Advertisement

“Saya boleh katakan saya seorang yang sangat liar ketika membesar.”

“Bila saya tengok balik diri saya ketika berusia 16 hingga 26 tahun, saya tak nampak ‘broken kid’ tapi saya nampak kanak-kanak yang tak dibimbing.”

Pemilik nama Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, turut mengakui pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kehidupan kelab malam dan jenayah pecah kereta sehingga hampir ditahan pihak berkuasa.

“Saya terjebak dengan dadah, party di kelab malam dan sampai tahu tahap saya terlibat dengan merompak seperti pecah kereta.”

Menurutnya, pengaruh rakan dan persekitaran memberi kesan, namun dia enggan menyalahkan orang lain sepenuhnya atas kesilapan tersebut.

“Mungkin saya salah pilih kawan juga tapi tak adil untuk saya menyalahkan orang lain.”

“Saya rasa ketika itu saya cuma nak terokai dunia. Bila orang kata satu benda tu salah, saya nak tahu. Jadi untuk saya belajar, saya kena melakukan sesuatu dan baru tahu tindakan itu betul atau salah.”

Bagaimanapun, Aedy menyifatkan doa ibunya sebagai faktor utama yang menyelamatkan dirinya daripada terus hanyut.

“Apa yang membuatkan saya selamat hingga ke hari ini adalah doa ibu saya sangat kuat.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trendin yang lain pada pautan di bawah.

betty rahmad
2026-03-02 12:41:13

"Demi Allah, Kalau I Pekik Vendor-Vendor Lain Akan...." - Betty Rahmad Perjelas Isu Dakwaan Biadab Di Celebfest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...