Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok satu hantaran video memaparkan seorang warga emas yang terbaring di hadapan sebuah Warung Makan Sahabat.
Menerusi video tersebut, apabila ditanya apa pertolongan yang boleh diberi, warga emas itu berkata dia hanya mahu balik ke kampung halaman.
Malah, bila ditanya lagi jika dia perlukan wang ringgit, dia enggan menerima dan hanya ingin meminta bantuan untuk mencarikan waris.
Bukan duit yang dia pinta tapi bantuan untuk kembali ke kampung halaman.
Tangkas menghulurkan bantuan, pemilik video iaitu Amal Wilayah telah mendapatkan maklumat warga emas itu dan menghubungi balai polis terdekat serta membuat hantaran di laman Facebook di daerah asal pak cik tersebut.
@amalwilayah Kami jumpa pakcik ni terbaring depan Warung Makan Sahabat..kami tegur dan bertanyakan khabarnya..’Tolong saya,,saya nak balik kampung’..tu ayat yg keluar dari mulutnya..bukan duit yg dia pinta tapi bantuan utk kembali ke kampung halaman..Jadi kami dapatkan maklumatnya..kemudian kami hubungan balai polis yg terdekat di kampungnya..kami post di fb daerah pakcik ni asal..Alhamdulillah..dgn izin Allah,,tak lama tu ada sorang laki telefon dan maklumkan yg dia sekampung dgn pakcik ni..malah apa yg paling kami bersyukur,,lelaki ni kenal dgn akak kepada pakcik ni..Syukur sgt2..akak tu kata betullah itu adik dia yg hilang 20 tahun dulu..terus dia telefon anaknya yg duduk dia klang..Alhamdulillah sgt2 Ya Allah..Sebentar td anak sedara dia datang dan jemput dia balik..esok akan balik ke kampung katanya..#yayasanamalmalaysia #warungmakansahabat #rumahdidiksahabat #amalkongsirezeki
Alhamdulillah.. dengan izin Allah, tak lama tu ada seorang lelaki telefon dan maklumkan yang dia sekampung dengan pakcik ni.
Malah, lelaki itu turut mengenali kakak kepada pak cik berkenaan yang hilang 20 tahun yang lalu. Pak cik itu kemudiannya dijemput oleh anak saudara dan dibawa pulang ke kampung pada esok harini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.