(VIDEO) “Saya Minta ‘Simple Look'” – Bayar RM7,758 Untuk Solekan Majlis Sanding, Wanita Kecewa Hasil ‘Ke Laut’…

Kehidupan

(VIDEO) “Saya Minta ‘Simple Look'” – Bayar RM7,758 Untuk Solekan Majlis Sanding, Wanita Kecewa Hasil ‘Ke Laut’…

Satu video TikTok berjaya mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita meluahkan rasa sedih kerana hasil solekan sempena hari perkahwinannya jauh daripada apa yang diharapkannya.

Pastinya setiap pengantin ingin kelihatan cantik dan ‘flawless’ di hari bahagia mereka apatah lagi jika mereka telah memperuntukkan sejumlah  wang yang banyak untuk tujuan itu.

Advertisement

Seperti wanita ini, dia telah melabur sebanyak 25 juta rupiah (kira-kira RM7,758) untuk mengupah jurusolek namun hasilnya cukup mengecewakan.

Dia turut memuat naik foto selepas solekan itu di TikTok dan ternyata ia turut mengundang kecaman warga maya.

Jangan ajar saya untuk bersabar. Saya pernah membayar Rp 25 juta untuk solekan perkahwinan dan inilah hasilnya. Tapi kenapa jadi macam ni?

Difahamkan, pengantin itu telah meminta solekan bertemakan ringkas dan ‘soft’ dan jurusolek itu juga memang dikenali sebagai seorang yang berpengalaman meskipun sudah berusia.

Indonesia solekanSumber : TikTok  

Katanya lagi, dia terpaksa menyembunyikan rasa sedih dan berpura-pura kekal tenang serta gembira di hadapan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya.

Saya dicadangkan menggunakan khidmatnya kerana dia banyak menyolek klien untuk majlis hebat. Daripada mahu nampak simple, sekarang jadi begini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TiKTOK
10 months ago

"Lepastu Minta Hantaran RM20k" - Remaja Perempuan Galak Komen L*cah Di TikTok, Dah Pandai Sembang Pasal Seks

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...