(VIDEO) Saya Doakan Kebahagiaan Aiman Dan Zahirah, Kahwin Jangan Lupa Jemput – Fathia Latiff

Hiburan

(VIDEO) Saya Doakan Kebahagiaan Aiman Dan Zahirah, Kahwin Jangan Lupa Jemput – Fathia Latiff

Umum mengetahui pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sedang hangat dilamun cinta. Malah, pasangan ini terbuka mengenai hubungan mereka dan turut memuat naik foto mesra bersama di akaun Instagram masing-masing.

Advertisement

Susulan itu, ramai juga yang tidak sabar dan  ingin tahu apakah reaksi bekas kekasih Aiman iaitu Fathia Latiff.  Mereka mengandaikan mungkin Fathia belum lagi ‘move on’.

Terbaru, Fathia menerusi satu temu bual bersama MHE TV mendoakan kebahagiaan Zahirah dan Aiman. Semoga hubungan yang terjalin kekal sehingga ke syurga. Fathia pada masa yang sama menjawab persoalan tentang kontroversi hutang Aiman terhadapnya sebelum ini.

Alhamdulillah kalau segala isu sudah selesai. Kami juga puji dengan semangat Fathia yang ingin bangkit semula dalam hidup dan kariernya selepas menghadapi beberapa kontroversi pada tahun ini. Semoga segala perancangan Fathia itu dipermudahkan.

Sumber Berita : YouTube MHE TV

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...