(VIDEO) “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah!” – Bapa Zayn Rayyan Bersuara, Mahkamah Kecoh

Berita

(VIDEO) “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah!” – Bapa Zayn Rayyan Bersuara, Mahkamah Kecoh

Hari ini media tertumpu prosiding kes kontroversi iaitu pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan apabila kedua ibu bapa mangsa hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk prosiding sambungan atau penamatan reman.

Suasana mahkamah kecoh

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu telah direman selama 7 hari dan sepatutnya berakhir hari ini sebelum pihak polis memohon untuk menyambungnya di mahkamah.

Advertisement

Mereka berdua hadir dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap sebelum dibawa masuk ke Mahkamah Majistert pada jam 9.30 pagi.

Ketika dikawal ketat polis, keadaan mahkamah turut kecoh dengan kehadiran ahli keluarga pasangan itu dan bapa Zayn Rayyan sempat mengatakan bahawa dia telah dianiaya dan semuanya fitnah kepada orang awam yang hadir.

Media tidak dibenarkan ikuti prosiding kes

Difahamkan, pihak media tidak dibenarkan untuk mengikuti prosiding itu memandangkan ia masih lagi dalam peringkat permohonan untuk siasatan lanjut.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Peguam ibu bapa zayn rayyan
2 months ago

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Kes Pemb*nuhan Zayn Rayyan Mulai Hari Ini" - Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...