(VIDEO) “Saya Berlari Ke Rumah Jiran” – Tragedi Renjatan Elektrik, Anak Sulung Kongsi Kisah Sebenar Kejadian

Kehidupan

(VIDEO) “Saya Berlari Ke Rumah Jiran” – Tragedi Renjatan Elektrik, Anak Sulung Kongsi Kisah Sebenar Kejadian

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yusof memaklumkan sepasang suami isteri telah ditemui maut di kediaman sendiri di flat Taman Puncak Tringkap, Cameron Highlands akibat terkena renjatan arus eletrik dalam bilik air yang berpunca daripada alat pemanas air.

Susulan kejadian, mendiang Damian dan Ronwina Mambai telah selamat disemadikan pada 13 Mac lalu dan meninggalkan 3 orang anak, Ellisa Oliva,10, Joseph Rayyan, 8, dan Magdalena Damian, 1 tahun 5 bulan.

Advertisement

Waris ahli keluarga dari Pulau Pinang dan Sarawak telah dimaklumkan berkaitan urusan hak penjagaan mereka sambil turut dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

ellisa

Tular satu perkongsian video di aplikasi TikTok, 3 beradik tersebut telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Sarawak untuk dijaga oleh pak cik sebelah mendiang ibu mereka.

Menerusi video tersebut, Ellisa iaitu merupakan anak sulung mendiang dilihat mendukung erat adik bongsunya, Magdalena sewaktu tiba di Sarawak.

Turut menceritakan kejadian sebenar, Ellisa berkata mereka bertiga berada di luar bilik sebelum menemui ibu bapa di bilik mandi.

Saya terus call sepupu emak saya bagitahu apa yang berlaku, dia suruh saya tutup suis utama dan bagitahu saya untuk terus pergi rumah jiran.

Menurut Ellisa, dia berlari ke rumah jiran dan mereka kemudiannya menghubungi ambulans.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami isteri terkena renjatan elektrik
3 years ago

Cubaan Isteri Selamatkan Suami Gagal, Dua-Dua Maut Akibat Tragedi Renjatan Eletrik Dari 'Water Heater'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...