(VIDEO) “Saya Beritahu Dia Syamsul Akan Balik..” – Datin Patimah Rasa Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah

Hiburan

(VIDEO) “Saya Beritahu Dia Syamsul Akan Balik..” – Datin Patimah Rasa Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah

Sedia maklum, isteri kepada Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah sangat menyayangi aktres, Puteri Sarah biarpun dia sudah pun berpisah dengan anak lelakinya, Syamsul Yusof.

Bersimpati dengan menantu

Melalui sesi temubual bersama pihak Melodi, Datin Patimah berkata dirinya amat menyayangi Sarah dan bersimpati atas ujian yang perlu dilalui olehnya tahun lalu.

Advertisement

Sebenarnya saya bukanlah ibu mentua yang terbaik tapi sebagai seorang wanita, saya bersimpati dengan menantu saya..seorang wanita yang ada anak. Walaupun darah daging kita sendiri buat salah, kita kena akui.

@melodiberapi Ramai yang jadikan Datin Patimah Mentua pilihan.. nah dengarkan jawapan beliau.. apa pun kami di Melodi ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 tahun buat Datuk Yusof Haslam & isteri Datin Patimah! #meloditv3 #fypシ゚viral🖤tiktok #ceritaartismalaysia #fypシ #syamsul #puterisarah #yusofhaslam #datinpatimah #fyp ♬ original sound – Melodi tv3

Dalam pada masa yang sama, Patimah turut rasa serba salah apabila dia telah memberi harapan dengan menyakinkan bahawa anak lelakinya, Syamsul akan kembali ke pangkuan keluarga tetapi berlaku sebaliknya.

‘Syamsul akan balik’

Saya rasa terhutang perjanjian dengan menantu saya sebab saya beritahu dia, ‘Puteri Sarah sabar nanti Syamsul akan balik’. Tapi akhirnya macam tu pula jadinya. Itu yang membuatkan saya terlalu simpati dengan menantu saya.

Tambahan isteri kepada Yusof Haslam itu lagi, dia kurang gemar apabila dibandingkan dengan ibu Aliff Aziz, kerana situasi mereka berbeza.

Datuk yusof haslam
7 months ago

Datuk Yusof Haslam Dituduh Curang, Datin Patimah Hilangkan Diri Selama Sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...