(VIDEO) “Saya Ada Tips, Kalau Suami Hilang Kita Cari Di Rumah Kawan” – Ramai Bersorak Dengar ‘Statement’ Bella Astillah

Hiburan

(VIDEO) “Saya Ada Tips, Kalau Suami Hilang Kita Cari Di Rumah Kawan” – Ramai Bersorak Dengar ‘Statement’ Bella Astillah

Tular rakaman mempamerkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah di atas pentas di sebuah acara yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

 

Advertisement

Ada tips cari suami

Video tersebut mencuri perhatian selepas pelakon berusia 30 tahun itu yang beramah mesra dan melayani pengunjung memberikan tips rumah tangga.

Difahamkan, seorang pengunjung berpesan kepadanya agar tidak risau kehilangan suami dan Bella dengan spontan memberikan tips apa yang perlu dilakukan para isteri jika suami hilang.

Apa abang cakap? Jangan risau kalau suami hilang? Mestilah saya risau kalau suami hilang tapi saya ada tips. Kalau suami hilang kita cari di rumah kawan.

@djesseltonsabah♬ original sound – D’Jesselton Sabah

 

Panas hati Ruhainies dan Risteena

Bella kemudian tertawa dan kata-katanya itu mendapat sorakan semua pengunjung yang memahami maksud tersirat ingin disampaikannya.

Dalam pada itu, di ruangan komen pula ramai yang bertanya tentang Risteena kerana difahamkan dia turut berada di acara yang sama tempat Bella membuat persembahan itu.

komen

Sementara itu, ada yang suka melihat Bella begitu kerana berasa aktres tersebut sudah boleh move on daripada episod hitam rumah tangganya.

3 weeks ago

"Tindakan Bella Astillah Pasang 'Recorder' Dalam Kereta Adalah Bijak! Bukti Terbaik Untuk Digunakan Di Mahkamah" - Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...