Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar dilaporkan selangkah saja lagi untuk menjadi model.
Ini kerana perkongsian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memperlihatkan wanita itu sedang berposing dalam satu sesi penggambaran.
Difahamkan, Ira bakal menjadi muka baru bagi jenama tudung keluaran usahawan tersebut tidak lama lagi.
Dalam hantaran tersebut, kelihatan Aliff sedang bersungguh memaklumkan mengenai promosi tudung jenama miliknya di samping Ira yang sedang berada di belakangnya.
Menjengah ke ruangan Instagram Ira pula, dia juga sudah membuang semua foto lama dan hanya meninggalkan tiga gambar sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.