Penyanyi Jeslina Hashim baru-baru ini mencuri perhatian warga maya terutamanya peminat pelantun lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu kerana dia ada memberi bayangan akan menamatkan zaman solonya.
Jeslina Hashim sambut ‘Bachelorette Party’
Meninjau ruangan media sosial Instagram penyanyi itu, dia dilihat berada dalam sebuah pesawat Air Asia sambil mengenakan sepasang sut berserta ‘veil’ putih.
Dalam kapsyen hantaran itu, difahamkan Jeslina diraikan kerana bakal mendirikan rumah tangga dan perlu membuat apa sahaja yang disuruh rakan-rakannya.
How the weekend started 🫣 the rule was I had to do EVERYTHING they told me to do….. not allowed to say no to anything 😅 so sell t shirts and umbrellas on the flight it is!
Bakal bernikah dengan kerabat diraja Negeri Sembilan
Jeslina kelihatan ceria mempromosikan barang-barang jualan syarikat penerbangan itu kepada penumpang sebagai ‘tugasan’ parti bujangnya itu.
Manakala di hantaran yang lain, dia juga memuat naik foto memaparkan dia memakai selempang ‘bride to be’ juga dalam sebuah acara ‘bachelorette party’.
I think tufting might just be my new thing. Tq Nina for organizing such an intimate evening for us! So fun!!
Terdahulu, Jeslina Hashim dilaporkan menjalinkan hubungan cinta bersama Tunku Eddy Nasruan Adil yang juga merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan.
Dia sebelum pernah bernikah dengan Dion Andrew Vercoe pada tahun 2005 sebelum bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup mereka memiliki dua orang anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.