Pelakon berkaliber, Syazwan Zulkefli memaklumkan bahawa dia bakal beraya bersama bekas tunangnya pada tahun ini.
Maklum Syazwan, hubungannya bersama bekas tunang masih berada dalam keadaan yang baik meskipun sudah putus.
Saya duduk dekat rumah je raya ni, tunggu orang datang. Tapi mungkin bekas tunang saya ikut sekali kot kali ni. Keluarga dia dah meninggal dunia sebab Covid-19. Asalnya kami kawan kan, jadinya mak saya dah kenal dia.
Namun begitu, perhatian netizen lebih tertumpu kepada penampilan Syazwan yang dilihat telah bertindik dan memakai aksesori rantai di leher.
Kata netizen, pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu tidak ubah seperti penyanyi luar negara, Sam Smith.
Peminat juga turut mempersoalkan gaya Syazwan yang dilihat jauh berbeza berbanding penampilannya yang terdahulu.