Baru-baru ini, viral ucapan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadikan ‘remix’ rap rancak bertajuk Ke Sana Ke Sini. Memang ramai betul yang memuat naik video parodi dan jenaka termasuklah Aliff Syukri dan rakan baiknya, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang turut tidak terlepas membuat video TikTok menggunakan lagu tersebut.
Menerusi video tersebut, Sajat kelihatan bertudung sambil ligat menari manakala Aliff pula memegang kamera mengerakan bibir mengikut suara PM.
“Cukup-cukuplah. Jangan cari kebencian netizen”
Namun, aksi Sajat yang memakai tudung dan menari mengikut retak lagu menimbulkan rasa kurang senang netizan. Dia dianggap sengaja mempermainkan serta memerli pakaian muslimah dengan kelakuan yang tidak sopan. Malah, ia juga seakan mempersendakan agama.
“Ingkar PKP. Ucapan PM baru viral dua minggu, kantoi bukan ‘throwback'”
Ramai juga meluahkan rasa bengang dengan sikap degil Aliff yang didakwa mengingkar arahan PKP. Buktinya, video ucapan PM ini baru sahaja viral lebih kurang dua minggu lalu dan ketika itu memang dalam tempoh PKP.
Alamak, kantoi pula. Harapnya kali ini Aliff ada penjelasan lebih kukuh mengapa dia boleh bertemu dengan Sajat dan melakukan video tersebut. Betul juga kata netizen, agak tidak logik kalau hendak cakap video lama. Apa-apa pun, diharap rakyat Malaysia akan terus mematuhi arahan kerajaan untuk memastikan rangkaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan. Kita boleh!