Kehadiran Muhammad Luth Ali dalam kehidupan pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir membuatkan kehidupan mereka suami isteri lebih indah. Saharul sering berkongsi perkembangan anaknya itu bersama peminat menerusi akaun Instagramnya.
Terbaru, Saharul tidak dapat menahan rasa terharunya apabila Ali yang baru sahaja berusia enam bulan sudah boleh menyebut Allah sebagai perkataan pertamanya selepas mendengar azan.
Alhamdullillah, nampaknya doa serta harapan Saharul untuk anaknya menyebut perkataan Allah termakbul. Memang bertuah kerana detik itu sempat dirakam bukan? Semoga Ali membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapanya.