(VIDEO) Rupa Je Cantik Tapi Hati Busuk – Penyanyi Dangdut Sheeda Serang Ifa Raziah Di Tempat Letak Kereta

Hiburan

(VIDEO) Rupa Je Cantik Tapi Hati Busuk – Penyanyi Dangdut Sheeda Serang Ifa Raziah Di Tempat Letak Kereta

Penyanyi Ifa Raziah sememangnya tidak pernah lekang dengan kontroversi dan  dilabelkan sebagai diva bermulut laser oleh netizen kerana sering mempunyai kes pergaduhan dengan artis.

Advertisement

Malam semalam pula, kecoh dengan video yang agak mengejutkan dimana penyanyi dangdut Sheeda menyerang Ifa di sebuah tempat letak kereta. Video tersebut merakamkan Sheeda sedang mengejar Ifa dan menarik lengannya.

Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Sheeda nampaknya sudah tidak dapat menahan rasa marahnya lagi dan menggelar Ifa sebagai perempuan plastik.

Buat Sheeda, Ifa juga seorang wanita yang hanya cantik di luarannya sahaja tetapi hakikatnya seorang yang suka mencari pasal dan penipu.

Pergaduhan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang terkejut dengan apa yang berlaku tetapi ada juga yang berpendapat ia mungkin sekadar gimik sahaja.

Terdahulu, kedua-kedua selebriti ini menghadiri majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara pada petang semalam.  Sam-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai isu ini nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...